Monday, February 9, 2009

..Just For Man..

.:: 10 Sikap Wanita Yg Disukai Lelaki ::.

Which 1 Do u Prefer & U don't like most??

Juz reply at my commnt...tQ

1)Sikap Keibuan

Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuatlelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang

hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

2)Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya

tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi

tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati

tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg

membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat

lelaki lebih berghairah.

3)Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima

seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu

yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki

melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan

kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk

persoalannya.

4)Menghargai

Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn

wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn

tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat

lelaki berasa bangga.

5)Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa

kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik

menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman,

pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg

terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara

tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya.

Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan

dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg

tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya

anak 3??

6)Pandai berbicara

Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak

berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik

kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar

teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik.

Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak

serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita

yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki

dgn baik dab berfikiran terbuka.

7)Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di

mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara

berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg

baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia

mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di

kampung.

8)Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang

wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya

sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan

oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan

dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan

merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan

dirinya sesuka hati.

9)Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg

susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan

spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg

memancar keluar dgn indah dan mempesona.

4 comments:

Firol said...

HUIIII......NI MCM ADA PELUANG HAHAHHA

Kupufana Mentari said...

uhuk da la the only one pengomen.. xmnjwb soklan pulak...hehehehhe

Anonymous said...

x thula mne stu yang oi...
eh!
yang?
wawawawawa...

Kupufana Mentari said...

uhuk skali lg post ak xmndpt smbutan..