Sunday, May 17, 2009

Pengguguran anak di Singapura- Masya Allah

Reality dunia skrg.

*** Kami keberatan menyiarkan gambar ini. Kami akui ia ngeri dan akan mengejutkan sebahagian pembaca. Tetapi setelah bebincang panjang, kami
dengan berat hati memutuskan untuk menyiarkan gambar ini.Kerana kami berpendapat dan berharap ia dapat menjadi pengajaran kepada
semua terutama sekali mereka yang berniat untuk menggugurkan anak,atas apa jua sebab dan alasan...

*** Setengahnya masih merah darah dan sebahagian lagi telah bertukar kepada merah birat akibat telah beberapa hari terperap dalam rumah mayat.
Suatu yang pasti, setiap beg plastik mengandungi sekujur tubuh kecil terkulai layu berlumuran darah.

*** Nama ibu, nombor kad pengenalan dan tarikh pengguguran tertera pada kad hijau yang disertakan bersama 16 janin yang berusia antara dua minggu dengan enam bulan. Air mengalir merah apabila janin dimandikan bersama urinya sebelum dikafan, disembahyangkan (gambar sisipan) dan kemudian dikebumikan dalam dua liang kubur di Pusara Abadi dekat Lim Chu Kang. TV3 sempat menyaksikan suasana menyayat hati itu di bilik mandi mayat Masjid Pusara Aman baru-baru ini.

*** Kesemua janin Melayu/Islam itu baru saja diambil pegawai Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) dari tiga buah hospital setempat. Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH), Hospital Besar Singapura (SGH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH).

*** Janin-janin itu tidak dituntut oleh ibu yang mengandungkan mereka selepas menjalani pengguguran di hospital-hospital tersebut.

p/s: hmm sedeynye tngk.. cian kt janin2 ni..sket pun xbrdosa.. kejam kejam kejam!










4 comments:

Zulfahmi said...

:-(

KhairiL said...

ngeri la tgk

c-idah said...

ya allah apelah nak jd....

Kupufana Mentari said...

hrmm..xsmpai ati lak stiap kali ukak blog ni..nmpk pic2 ni..